Monday, February 27, 2012

Penjanaan Akademik Teras Kekuatan



KAHERAH, 26 Feb - " Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama" merupakan salah satu subtopik didalamucapan dasar Presiden PMRAM menunjukkan kepentingan akademik adalah aspek yang ditekankan oleh PMRAM.

Sehubungan dengan itu, PMRAM mengharapkan kepada semua mahasiswa Islam untuk terus bersemangat menuntutilmu agar mampu menjana generasi ilmuwan berkualiti.

Pengajian semester kedua bagi Universiti Al-Azhar telah bermula, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaandalam memartabatkan ilmu semaksima yang mungkin.

Aspek pendidikan adalah tunjang ketamadunan sesebuah bangsa apabila nilai pencapaian akademik cemerlang maka sudah pasti mampu melahirkangenerasi intelektual dan rabbani.

Medium lapangan disajikan oleh PMRAM kini merangkumi segala sudut namun ianya akan terlaksana sekiranya mahasiswa Islam dapat memanfaatkansebaik mungkin peluang yang ada.

Antaranya Madrasah Imam Syafie', Madrasah Saidatina Aisyah, Diskusi dan Pembentangan Kertas Kerja, Kelas Tafaqquh dan Kelas Intensif .

Medium ini sebagai mekanisma kepada seluruh mahasiswa Islam untuk dimanfaatkan sebaiknya sepanjang keberadaan di bumi Anbiya' ini.

Barisan kepimpinan PMRAM Pusat mendoakan agar kita diberikan kekuatan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam setiap gerak kerja demikebaikan Islam bukan kepentingan lain.

" PMRAM sentiasa menyediakan platform terbaik dalam memastikan kecemerlangan akademik dipertingkatkan dan sekaligus dapat berbakti kepadaagama, masyarakat dan negara" ujar Saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 ketika dihubungi .

Sumber : pmram.org

Persoalan Lazim Mengenai PTH



Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal dengan akta pilihanraya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ). Harap soal jawab di bawah dapat membantu.

Apa itu Akta Pilihanraya ?

Bagi memastikan setiap gerak kerja pilihanraya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar, sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Secara asasnya, setiap pendakwaan itu mesti terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

Apa fungsi akta pilihanraya ini ?

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:
• Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
• Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
• Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981
• Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
• Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.

Kenapa terlalu banyak akta pilihanraya ini ?

Bukan banyak, tapi mengikut sususan selepas digubal dan dipinda.

Siapa yang layak mengundi ?

Mereka yang layak mengundi ialah, :
1- Seorang warganegara Malaysia
2- Telah mencapai umur 21 tahun.
3-Bermastautin di bahagian pilihanraya yang ingin didaftarkan.
4-Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Saya sekarang umur 22 tahun, kira boleh pergi terus mengundi di tempat saya ?

Tidak boleh. kamu kena daftar dahulu sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Untuk panduan, sila ke laman ini.

Kalau saya duduk di luar negara macam mana ?

Daftar pemilih ada kategori. Ada daftar pemilih biasa, dan ada daftar pemilih Pengundi Tidak Hadir (PTH).
daftar pemilih biasa mereka yang cukup syarat sebagai pengundi dan daftar untuk menjadi pengundi.

PTH pula untuk mereka tidak ada di tempat mengundi tetapi nak mengundi. contoh mereka yang berada di luar negara. Undi akan di Pos, atau maklum dengan Undi Pos.

Maksudnya, saya kena jadi PTH baru boleh mengundi ?

Ya. dan mereka yang sebelum ni tidak pernah daftar sebagai pengundi, kena daftar dahulu sebagai pengundi dan baru boleh daftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

Saya sekarang di luar negara, nak daftar dengan siapa dan macam mana teknikal dia ?

SPR telah mengeluarkan kenyataan rasmi di web mereka bahawa mereka telah melantik setiap perwakilan di luar negara untuk menguruskan pendaftaran pengundi di luar negara. Wakil di sini maksud dia Kedutaan, konsulat rasmi, pesuruhjaya tinggi dan sewaktu dengannya.

teknikal dia, isi Borang A dan Maklumat Tambahan, bawa kad pengenalan dan pergi sendiri di pejabat kedutaan.

Setiap perwakilan di luar negara bertanggungjawab untuk menguruskan PTH.

Dokumen apa yang perlu saya bawa

Salinan depan belakang Kad pengenalan, salinan muka depan pasport, fotostat visa. Isi borang A dan maklumat tambahan, serta maklumat pengakuan pengajian di luar negara.

Isteri saya menetap di sini sementara tunggu saya habis belajar, boleh tak dia jadi PTH ?

Ya boleh. Isteri kepada pelajar sepenuh masa atau kakitangan kerajaan yang berada di luar negara boleh untuk berdaftar sebagai PTH.

Saya pernah daftar sebagai pengundi dan sah sebagai pemilih di Malaysia, kira boleh terus mengundi di luar negara ?

Walaupun nama sah sebagai pemilih, anda tetap TIDAK BOLEH mengundi di luar negara selagi tidak berdaftar sebagai PTH.

Berapa lama ambil masa untuk pengesahan selaku pemilih?
Kebiasaan 3 atau 4 bulan mengambil masa. proses dia mengikut suku tahun.
suku pertama : Januari-Mac
suku kedua : April-Jun
suku ketiga : Julai-September
suku keempat : Oktober-Disember
jadi, daftar segera sebelum terlambat.


Di tempat saya belajar sekarang ni, tidak ada sebarang iklan mengenai maklumat PTH ?

SPR telah menyatakan bahawa perwakilan untuk menguruskan hal tersebut telah dilantik, lampiran perwakilan mengikut negara boleh lihat di sini.


Boleh tak selepas saya daftar di luar negara, kemudian pilihanraya seterusnya saya terus pergi mengundi di Malaysia bila dah pulang nanti?

Tidak boleh. selepas daftar PTH di luar negara. Nanti pulang ke Malaysia kena tukar dahulu kepada daftar  pemilih biasa.

Saya dah nak pulang ke Malaysia, dan rasanya tak sempat nak mengundi di luar negara, apa saya perlu buat ?

Sebaiknya, kalau tak sempat untuk daftar PTH sekali pun, buat urusan Daftar Pemilih sahaja. sekurang-kurangnya, nanti bila pulang boleh terus mengundi jika sempat.

Masa saya nak daftar nanti, saya boleh pilih untuk mengundi di bahagian pilihanraya mana-mana ?

Tidak boleh. bahagian pilihanraya mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalan.

Disediakan Oleh :
Naib Setiausaha Agung PMRAM 2011.

Sumber : pmram.org

Polis Berjaya Menahan Penyeludup Senjata




Polis telah menangkap sekumpulan penyeludup yang membawa senjata, peluru, dan dadah di dalam kenderaan di lebuh raya Al-Korayemat, Helwan, Jumaat lalu. Polis berjaya menahan seorang suspek manakala yang lain berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Komander polis, Mejar Jeneral Hamdy Badein berkata pusat pemeriksaan polis di lebuh raya Al-Korayemat mula mengesyaki kenderaan tersebut apabila pemandu menukar arah jalan selepas melihat sekatan polis di hadapan. Kemudian kenderaan polis mengekori kenderaan tersebut dan memaksa pemandu berhenti untuk pemeriksaan.

Hamdy Badein berkata sebanyak 40 senapang automatik, 3 senapang sniper, selaras multi-pistol automatik, 43 peti besi untuk senapang automatik, dan kira-kira 5000 peluru dan 47 paket ganja berjaya dirampas.

sumber : map2care

Rejim Syria Bunuh 50 Orang Awam



Pasukan rejim Syria terus bertindak kejam membunuh 50 orang awam. Serangan ke atas kubu pertahanan mereka berterusan selama 22 hari berturut-turut. Pasukan rejim membuat pembakaran terbuka di Hama dan Aleppo, di mana beribu-ribu orang awam berkumpul.

Serangan di kawasan kejiranan Homs, Baba Amr, bermula dengan letupan sporadis di kawasan-kawasan dalam bandar.

Saksi memaklumkan seramai 22 orang telah terbunuh di kejiranan tersebut.

Sumber lain melaporkan 23 orang telah terbunuh di Homs, 15 di Hammah dan kawasan kampung berdekatan, 8 orang di Aleppo dan 4 orang di Adelp. Mereka yang terbunuh dilaporkan termasuk 5 orang wanita dan 3 orang kanak-kanak.

Jumaat lalu dilaporkan seramai 99 orang awam telah terbunuh apabila pasukan rejim menyerang kawasan perkampungan dan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berkumpul.

Pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah memindahkan 7 warga Syria yang cedera serta 20 orang wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, Pasukan Palang Merah Lubnan telah memindahkan 10 warga Syria yang lain ke hospital di Utara Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan.

Warga Syria yang cedera telah berpindah ke Lubnan melalui pekan di sempadan negara tersebut, Masharee Al-Qaa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lebih daripada 7,000 orang telah terbunuh dalam tindakan keras rejim ke atas penunjuk perasaan yang telah berdemonstrasi menentang rejim Syria sejak pertengahan bulan Mac 2011.

Beribu-ribu warga Syria telah melarikan diri ke Lubnan mencari perlindungan daripada keganasan.

Sumber : map2care

Polis Penjajah: Rempuhan Ke Al-Aqsa Akan Diteruskan



BAITULMAQDIS - Kata seorang pegawai polis penjajah, Niso Shuham di BaitulMaqdis(Al-Quds) hari ini bahawa rempuhan masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa akan diteruskan pada hari-hari akan datang. Niso menyifatkan rempuhan-rempuhan masuk seperti ini adalah 'kunjungan-kunjungan bebas'.
________________________________________
Baca lagi:
Unit khas penjajah rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa
Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa

________________________________________

Dari sudut lain, Yayasan Al-Aqsa dalam garisan 1948(jajahan 1948/garisan hijau) memberi peringatan berhubung perkembangan dari kenyataan seumpama ini.

Yayasan Al-Aqsa dalam kenyataannya berkata, kenyataan ini membawa maksud tujuan yang bahaya. Tambahan pula, penjajah nekad meneruskan tentangannya ke atas Masjid Al-Aqsa sepertimana yang berlaku dalam dua minggu ini. Demikian itu, Yayasan Al-Aqsa menilai jika apa-apa perkara yang menimpa Masjid Al-Aqsa, penjajahlah yang mesti dipertanggungjawabkan.

Menurut kenyataan itu, penjajah sememangnya menghalang beberapa orang pemuda Palestin dari memasuki Al-Aqsa khususnya pelajar-pelajar yang terlibat dalam program '
مساطب العلم' serta menahan kad pengenalan sebahagian besar dari pelajar-pelajar berkenaan sama ada pelajar lelaki dan perempuan. Tambahan lagi, sebilangan pelajar perempuan yang terlibat dalam program berkenaan juga tidak dibenarkan masuk.

Pun begitu, menurut Yayasan Al-Aqsa, penjajah telah membenarkan satu kumpulan yang terdiri dari 30 anggota perisik penjajah memasuki dan meninjau dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa diiringi pegawai dan anggota polis penjajah. hari ini. Berikutan itu, tujuh warga haram Israel turut dibenarkan masuk secara individu.

sumber : map2street

Sunday, February 26, 2012

Perkhidmatan Membuat Rak Buku



Pihak Biro Perumahan KPIPM menyediakan perkhidmatan membuat rak buku

Bagi sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan kepada wakil Biro Perumahan KPIPM 
     
1           1.       Saudara  Muhammad Ikmal Bin Mah Ali di talian +20114-1738143
2           2.      Saudari Fathimah Binti Ahmad Roslan di talian +0115-5646912

"Keselesaan Anda Tanggungjawab Kami"

Jualan Baju Perak Dan Zikrayat 5 KPIPM Kini Di Pasaran



Jualan Baju Perak dan Zikrayat 5 KPIPM kini berada di pasaran

Baju Perak :

(Klik gambar untuk lebih jelas)


Baju Zikrayat 5 :

(Klik gambar untuk lebih jelas)



Bagi yang berminat boleh mendapatkannya di  Kedai KPIPM atau menghubungi Saudara Muhammad  Mu’aaz Bin Ramli, Ketua Biro Ekonomi di talian +2011-5758982


Undian Anda Pilihan Bersama

Design 1

Biro Ekonomi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012 berhasrat untuk menghasil satu produk iaitu jaket.

Terdapat empat design yang memerlukan kepada pilihan majoriti daripada anda.

Jom undi sekarang. Pilihan anda kami nantikan.




Design 2 

Design 3 

Design 4 

Hadapan

Saturday, February 25, 2012

Permohonan Ithar : Hubungi Wakil Kami



Kepada ahli KPIPM yang berada di muhafazah,

boleh terus menghubungi wakil KPIPM (mandub/ah) yang berada di muhafazah masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkenaan Permohonan Tabung Ithar.



Mandub Ikhwah



Mandub Akhawat

Permohonan Ithar : Muat Turun Borang Ithar



Borang permohonan Ithar boleh dimuat turun di sini.


Permohonan Tabung Ithar : 24 Feb sehingga 1 Mac 2012



Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

bahawa Lembaga Tabung Ithar KPIPM telah membuka permohonan Tabung Ithar bagi sesi kali ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan dengan muat turun di blog rasmi KPIPM atau dapatkan daripada mandub/ah cawangan muhafazah masing-masing.


SYARAT PEMOHON
  • Pemohon mestilah ahli KPIPM.
  • Mengisi borang yang disediakan dengan lengkap dan ditandatangani oleh Ahli Majlis Perwakilan KPIPM.
  • Kategori Pemohon :       
    - Pemohon yang menerima zakat atau bantuan
    dan telah membayar wang ithar.       
    - Pemohon yang tidak dapat zakat atau sebarang bantuan.
  • Permohonan mestilah diluluskan di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Tabung Ithar.

Tarikh permohonan:
24 Februari 2012 sehingga 1 Mac 2012


Friday, February 24, 2012

Pengerusi Lembaga Tabung Ithar : Kongsikan Bersama "Pinjaman" Allah S.W.T



Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Hasyr: 9)

     Masih adakah orang yang sempat memikirkan kesusahan orang lain sedangkan diri sendiri juga dalam kesusahan? Masih adakah orang yang dalam kekurangan, memerlukan bantuan, atau tidak memiliki apapun kecuali cukup untuk keperluannya rela membantu  saudaranya yang juga memerlukan bantuan? Masih bersisakah orang-orang baik seperti itu, yang memenuhi keperluan orang lain sedangkan dia sendiri memerlukannya?

      Sahabat sekalian, kita adalah manusia yang hidup di tengah-tengah masyarakat, maka janganlah kita seperti hidup di tengah-tengah hutan sendirian. Marilah kita  belajar “peka” memerhatikan mereka yang serba kekurangan dan yang memerlukan bantuan.Belajar mengamalkan konsep Ithar sesama kita. Belajar untuk mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi.

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 “Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan satu kesusahan di Hari Kiamat, dan barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba selagi hamba itu sudi menolong saudaranya.” (HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

     Dengan ini, KPIPM sebagai persatuan yang menaungi anak-anak Perak di Mesir bertanggungjawab menyuburkan semula budaya Ithar di dalam hati semua ke arah melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami konsep Ithar, tadhiyah (pengorbanan) yang  disarankan oleh Islam.

Maka dengan itu, diwujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Ithar dan diuruskan oleh ahli lembaga yang dilantik. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 20 Februari 1998 oleh Presiden PMRAM, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali.


Saya selaku Pengerusi Lembaga Tabung Ithar bagi sesi kali ini menyeru seluruh ahli KPIPM untuk sama-sama kita membantu dan berkongsi keperitan hidup sahabat-sahabat kita yang berada di bumi anbiya’ ini.

Apa salahnya kita menyumbangkan sedikit dari ‘pinjaman’ Allah yang Maha Esa kepada kita dan diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Semoga segala sedekah dan sumbangan yang kita infakkan ini akan menjadi asbab untuk kita bersama dengan orang-orang soleh di dalam syurga nanti. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Kadar kutipan :

LE 85 bagi penerima bantuan penuh dari pelbagai agensi atau mana-mana bantuan.

·         Penerima Dermasiswa MAIPk. (Pengajian Islam)
·         Penerima tajaan JPA dan mana-mana bantuan penuh.

LE 60 bagi penerima bantuan separa penuh dan pinjaman dari pelbagai agensi atau mana-mana bantuan.

·         Penerima Dermasiswa MAIPk. (Perubatan)
·         Penerima pinjaman JPA @ MARA @ SUK @ Yayasan Perak dan mana-mana bantuan separa penuh.

Sebarang pertanyaan, boleh terus merujuk Bendahari Kehormat KPIPM, Mohamad Amirul Fahmi Zulkefli (0114-6550822) dan Timbalan Setiausaha HEWI (Bendahari), Akmal Hafizah Mohamad Fuad (0114-6977303). Harap maklum.



MSP '12 Peringkat Kaherah Ditunda Mac Ini



Muhasabah Separuh Penggal AJKT dan AJK HEWI KPIPM peringkat Kaherah ditunda pada bulan Mac 2012. 

Nantikan!!

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil




Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil khusus buat Allahyarham Fareez Izhar Zainuddin.
(Turut bersama keluarga Allahyarham dan tetamu dari Malaysia)

Maklumat majlis adalah seperti berikut :

Selasa
28 februari 2012
Selepas Solat Maghrib
Dewan Syeikh Sya’rawi
Wisma Darul Ridzuan A

Anda semua dijemput hadir bersama.


Tanah ARMA : Masih Sah Milik PMRAM



KAHERAH, 23 Feb - Tanah ARMA seluas 2,212 meter persegi yang dianugerahkan oleh Almarhum Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasir kepada PMRAM atau Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1959 masih lagi sah dimiliki oleh PMRAM sehingga ke hari ini.

Perkara tersebut disahkan dengan pengesahan surat akuan rasmi telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah bahagian Selatan Kaherah yang bertempat di Ramsis. Kandungan dalam surat tersebut menunjukkan tidak ada sebarang makluman penukaran hak milik tanah tersebut kepada mana-mana pihak seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM, hasil daripada perjumpaan beliau pertengahan Januari lalu dengan pegawai tanah di jabatan tersebut, En Syaaban memberitahu bahawa dengan pembuktian surat akuan itu jelas menunjukkan PMRAM adalah pemilik sah tanah tersebut dari sudut undang-undang (qanun) Mesir sehingga ke hari ini.

" Adapun sejarah PMRAM pada tahun 1960 sebagaimana yang tercatat berlaku pertukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu itu sebenarnya tidak berlaku  dari sudut undang-undang secara sah akan tetapi ia adalah pertukaran dari sudut pengurusan ke atas tanah itu sahaja " ujar Saudara Abdul Aziz Ali.

Pembuktian surat akuan ini akan menguatkan lagi usaha PMRAM untuk menuntut semula hak ruang pejabat PMRAM di ARMA kepada pihak-pihak berkenaan di masa akan datang. PMRAM mengharapkan agar seluruh ahli terus bersama-sama PMRAM dalam mengembalikan semula hak PMRAM sebagaimana yang dipersetujui sebelum daripada ini.

Sumber : pmram.org

Thursday, February 23, 2012

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

 Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

Al-Khomeini telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripadaZoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

Tiga tujuan utamanya :
1. Merosakkan Akidah umat Islam
2. Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk

    yang mulia
3. Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah


Kitab kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.

 
BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini


Semenjak tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah(puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah, Nasiriah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya Syiah Isna ‘Asyar (puak Syiah yang mempercayai 12 Imam mereka maksum yang diimani oleh Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas :

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai perkara Usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Perkara-perkara tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Raja dan Nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai 
    dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah kafir selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka dikatakan palsu.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, tidaklah disisi Syiah Imamiah mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telah mereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

 Al-Khomeini ada menyebut : “Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti kepada Ali.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]  

5. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).
Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ianya umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

Syiah berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.

Al-Khomeini dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’


Dalam kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikanUsul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.

Dia berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]


Bersambung pada Bab Kedua (Pendirian-pendirian Pelik Khomeini)….


Wallahu a'lam.



Diterjemahkan oleh :

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



 sumber : pmram-manhal




MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...