Monday, January 15, 2018



[ MAKLUMAN| PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT MAIPk 2018 ]

PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM & 'ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK BAGI MAHASISWA/WI
PERAK PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS KESIHATAN TELAH DIBUKA PADA :

15 JANUARI 2018 HINGGA 15 FEBRUARI 2018

1. Untuk PEMOHON KALI PERTAMA (PENGAJIAN ISLAM SAHAJA)
Anda boleh mengemukakan permohonan secara manual (borang boleh dicetak) melalui laman sesawang : (www.maiamp.gov.my) atau klik pautan berikut :

http://bit.ly/2jZQiQC

Dokumen yg perlu disertakan adalah seperti berikut:

👉Terjemahan Pengesahan Pengajian (tasdiq)
👉Keputusan Peperiksaan Terkini
👉Slip Gaji Bapa & amp; Ibu/ Pengesahan Pendapatan Ketua Keluarga dari Ketua Kampung/Penghulu
👉Muka Hadapan Buku Akaun Bank

Setelah selesai semua, scan dan emailkan kepada: sharifahnurulain@maiamp.gov.my (Puan Sharifah).
Dan satu salinan permohonan perlulah dihantar ke pejabat Atase Pendidikan Perak

2. PEMOHON KALI KEDUA DAN BERIKUTNYA (PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS KESIHATAN)
Anda boleh mengisi permohonan secara online di pautan berikut :

http://isyura.maiamp.gov.my/fisabilillah.

Permohonan di Mesir;
Semua borang yang telah lengkap perlu dicetak satu salinan dan dihantar ke Pejabat Atase Pendidikan Perak.

3. Sila cetak (print) borang permohonan anda untuk simpanan dan digalakkan kepada semua untuk menyebarkan makluman ini kepada seluruh anak Perak (Pengajian Islam dan Sains Kesihatan).

4. Diingatkan kepada pemohon untuk menyelesaikan urusan permohonan SEBELUM TARIKH TUTUP (15 FEBRUARI 2018).

Sumber : Fb Pejabat Atase Pendidikan Perak

Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila rujuk :

🔰 Atase Pendidikan Negeri Perak
📍 Encik Munawir bin Mohamed Noh
📞 +201093355520

🔰 Pembantu Atase Pendidikan Negeri Perak
📍 Encik Muhammad Fauzan
📞 +201024825523

🔰 Setiausaha Agung KPIPM
📍 Saudara Muhammad Nurul Ihsan bin Mohd Husin
📞 +201124728983

🔰 Setiausaha HEWI KPIPM
📍 Saudari Nur Amni binti Abdl Hamid
📞 +201022572659

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018



Thursday, January 4, 2018

[2 JANUARI 1492 : MEMPERINGATI KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM ANDALUS]

[2 JANUARI 1492 : MEMPERINGATI KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM ANDALUS]

أيها الناس؛ أين المفرُّ؟! والبحر من ورائكم والعدوُّ أمامكم، فليس لكم والله! إلاَّ الصدق والصبر

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran..."

Selepas diarahkan kapal pasukan tentera Islam untuk dibakar, demikianlah kalimat keramat yang dikatakan oleh Tariq ibn Ziyad bagi menaikkan semangat tenteranya sewaktu ingin menguasai medan Gibraltar (Jabal Tariq) dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus.

Tariq ibn Ziyad merupakan panglima perang yang telah dihantar oleh Musa bin Nusayr iaitu seorang Gabenor di Afrika Utara yang dilantik oleh Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik yang merupakan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada ketika itu.

Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 92H/711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang gemilang kerana ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam.

Tempoh tersebut juga membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus.

Namun, perlu diteliti antara faktor kejatuhan kerajaan Islam Andalus adalah disebabkan ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam dari sudut prestasi politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Selain daripada itu, semangat kepuakan, fanatik terhadap bangsa dan tidak mempunyai ukhuwah islamiyah juga turut menyebabkan Andalus yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil.

Maka, berlakulah perpecahan umat Islam sehingga Kerajaan-kerajaan Kristian (Reconquista) mula masuk menyerang Utara Andalus mencantas satu persatu wilayah kekuasaan Islam termasuklah Kota Cordoba, Sevilla, Toledo dan lain-lain. Seterusnya, mereka menyerang pula Kota Granada yang mana merupakan kota terakhir yang masih di bawah kuasa Kerajaan Islam.

Hal ini menjadi semakin kuat apabila King Ferdinand dari Aragon berkahwin dengan Queen Isabella dari Castile kerana menggabungkan dua kerajaan terkuat  di semenanjung Iberia. Maka terjadilah pertempuran di antara Kerajaan Kristian dan Kerajaan Islam di Granada dan kemenangan berpihak pada Kerajaan Kristian berikutan jumlah tentera Islam yang sedikit.

     Akhirnya, pada tarikh 2 Januari 1492M, penganut-penganut Kristian memasuki Istana al-Hambra dan memasang bendera-bendera, simbol-simbol Kerajaan Kristian Eropah dan memasakkan bendera salib di menara tertinggi istana itu sebagai tanda kemenangan. Ribuan umat Islam terbunuh, diusir dan berpindah ke Afrika Utara.

Begitulah lumrah zaman bahawa di sana seakan ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun di dalam "Muqaddimah"-nya sebagai sunnatulLah. Menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan.

Konklusinya, kita selaku umat Islam perlulah mengambil ibrah dari sejarah terdahulu, jagalah kesatuan umat Islam dan tetaplah berpegang teguh dengan Islam walau dimana kita berada. WaAllahu A’lam.

Monday, January 1, 2018

SOLIDARITI BKKIMM

[SOLIDARITI BKKIMM]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya.

Sedia maklum, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) merupakan sebuah organisasi atau persatuan yang membawa aspek kebajikan, pendidikan dan sebagainya dalam kalangan anak-anak Melaka di Mesir. Antara salah sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang telah sekian lama menaungi anak-anak Melaka di Bumi Anbiya’.

Namun, apakah mahasiswa/wi hari ini tahu?sedar akan apa yang berlaku pada BKKIMM?. Pada tanggal 28 Disember 2010, satu peristiwa hitam telah berlaku kepada BKKIMM mengakibatkan penarikan pengiktirafan BKKIMM dengan menggantikan persatuan lain ketika Majlis Ramah Mesra. Gelombang hitam dan peristiwa pahit ini turut dirasai kepada BKAN-BKAN lain. Ia memberikan kesan yang besar buat seluruh mahasiswa/wi di bumi Mesir terhadap kejadian yang belaku.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;
“kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.” (Surah Taubah : 42)

Sehubungan dengan itu, BKKIMM meneruskan survival dan hak mahasiswa/wi di Mesir dalam menjalankan gerak kerja dakwah Islam biarpon menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. Menyeru manusia kearah kesatuan dan kebaikan bukanlah satu jalan yang mudah, bahkan ia akan menghadapi pelbagai rintangan dalam menegakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Dunia penuh dengan mehnah dan tribulasi tidak mengentarkan sang pendakwah dalam memartabatkan dakyah dan seruan agamaMu di muka bumi ini.

Justeru, KPIPM bersama bersatu bagi meningkatkan kesedaran dan kecaknaan mahasiswa/wi Perak di Mesir dalam membantu dan memberikan sokongan terhadap BKKIMM. Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali-50, satu usul tergempar telah diluluskan dan disepakati bersama dengan matan yang berbunyi :

“Bersama mempertahankan hak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bagi menyatakan solidariti mahasiswa”.

Pelbagai aktiviti dan program yang disusun bagi menjayakan usul ini. Peringkat kami berharap agar anak-anak Perak dapat bersama-bersama menjayakan usul tersebut dalam membantu sahabat-sahabat yang ditimpa musibah.

Secara kesimpulannya, semoga usaha kecil ini meraih ganjaran di sisi Allah S.W.T dalam membantu sesama mukmin. Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi doa agar kesatuan yang telah lama bina terus kukuh dan bersama-bersama seluruh mahasiswa/wi di bumi anbiya’ mengembleng tenaga dalam memastikan kesatuan kekal utuh hingga ke akhirnya. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T.  Siiru 'ala barakatillah .

#BKKIMM28DISEMBER
#SOLIDARITIBERSAMABKKIMM
#BERSAMABERSATU

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”

Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...